Pages

Tuesday, June 29, 2010

Sejarah...... hahaha.....


Sejarah...
Setiap orang mempunyai sejarah hidup masing-masing.
Ada yang membanggakan , ada yang menyedihkan.
Sejarah menceritakan segalanya tentang sesuatu kehidupan.
Jika di dalam buku Sejarah bercerita tentang tokoh-tokoh negara di zaman lampau,
Jika di dalam majalah menceritakan kehidupan negarawan dari kecil,
kita?,
Sejarah hidup kita diceritakan dalam sebuah buku khas yang berkemungkinan besar kita penulisnya.
Sejarah hidup kita juga boleh diterjemahkan dalam bentuk visual
Namun tidak semuanya tepat.
Dalam bentuk penulisan pula, ia mungkin akan di tokok tambah.

Sebenarnya..
Sejarah mengajar kita erti kehidupan
Sejarah menunjukan kita perkara yang sebenar
Sejarah juga mencerminkan keperibadian seseorang.

Manusia adalah satu golongan yang mempunyai daya ingatan.
Pastinya semua orang ingin mengingati sejarah hidup masing-masing.
Namun ada antara cebisan sejarah itu yang ingin atau perlu dilupuskan.
Proses pelupusan sesuatu cebisan sejarah bukannya mudah.
Terutamanya apabila cebisan itu ada kaitannya di masa mendatang.
Proses itu perlu acapkali diulang.
Bagi sesetengah orang yang terbiasa dengan proses itu,ia adalah satu proses yang mnyenangkan.
Kerana kita akan cuba melepaskan beban di dalam diri yang terpendam.

Hmm....
Otak dan pemikiran manusia bukannya seperti komputer.
Susah nak install senang nak delete.
Pemikiran manusia lebih kepada senang nak install susah nak delete.
Walau apapun kaedah yang digunakan,
ia hanya seketika cuma.

"KUN FAYAKUN"..
Sekiranya Allah S.W.T. mengatakan
Jadi, maka jadilah.
Allah telah menetapkan qada' dan qadar setiap hambanya.
Sampai masanya dia pergi, maka pergilah.
Sampai masanya dia berjaya, maka jayalah.
dan
Sampai masa dia melupakannya, maka lupalah.

Itu yang tak mampu kita ubah, kita lupakan dan kita lupuskan.
Setiap perkara yang telah, sedang dan akan berlaku
telah ditentukan oleh-Nya, Allah S.W.T.
:)
Segala puji bagi Allah S.W.T. pemilik alam ini...

Monday, June 28, 2010

Adakah..... Cinta.....

Jika aku dapat mencintainya
aku akan melakukannya
tapi kalau hanya cinta yang ada dalam hati
lebih baik aku melupakan nya
kerana cinta dalam hati amat menyakitkan.
Adakah aku mampu memberi segala kebahagiaan kepadanya?
Adakah aku layak memberi kasih dan sayang kepadanya?
Atau hanya hipokrit belaka?
Mungkin hanya jerat hawa nafsu
aku keliru.

Cinta boleh datang dan pergi.
Cinta berputik dari mata ke hati.
Cinta juga boleh membuat orang berubah.
Dari jahat bertukar baik.
Dari malas bertukar rajin.

Adakah itu telah meyakinkan aku untuk menerima cinta dalam hidupku?
Cinta juga boleh membuatkan seseorang itu sanggup bekorban demi si dia.
Tapi adakah berbaloi untuk kita mencintai si dia jika si dia tidak dapt memberi cinta yang sempurna kepada kita?
Ramai orang yang mati apabila mereka dikecewakan. Itu juga telah meragukan aku.
Adakah itu berbaloi untuk diriku menerima cinta dalam hidupku?

Air Mata...


Air mata
air mata seorang wanita amat berharga.
Walaupun ianya sering mengalir.
Air mata yang mengalir di muka secomel anak kecil
Senang dihentikan oleh ibunya.
Kerana si ibu lebih memahami jantung hatinya itu.
Air mata seorang gadis yang lahir daripada hati yang terluka
susah untuk di seka.
Apatah lagi bila hatinya itu sukar diubati
Air mata yang mengalir di wajah kesenjaan orang tua.
Tidak akan berhenti setakat itu.
Mungkin kerana teringatkan zaman lampaunya semasa muda.

Ahh....
Air mata..
Setiap orang pasti akan mengalirkannya.
Tidak kira lelaki ataupun perempuan.
Bisu ataupun tuli.
Tua ataupun muda.
Yang berbeza hanyalah masa dan sebab dia mengalirkan air mata...

Friday, June 18, 2010

Persediaan..

Peperiksaan, pertandingan dan persembahan.
Semua itu memerlukan persediaan yang lengkap. Peperiksaan memerlukan persediaan yang rapi seperti formula-formula matematik, pengetahuan agama dan tatabahasa yang betul.
Pertandingan memerlukan keberanian dan keberanian tidak datang dengan sendirinya. Ia perlu dipupuk. Ia mengambil masa yang agak lama. Keberanian yang akan kekal lama hanya keberanian yang dipupuk secara ikhlas di dalam hati.
Persembahan, actually, persembahan tidak memerlukan persediaan yang teramat rapi. hanya perlu bergembira.






Sebenarnya bukan tiga itu sahaja yang memerlukan persediaan. dalam perhubungan antara manusia juga memerlukan persediaan. Tiada persediaan, bagaimana kita mahu memahami hati sahabat kita?

Sejarah Mengubah Pendirian...



Hati ini. Rasanya bagai ditimpa satu perasaan yang teramat berat. Mungkin gelisah ataupun takut. Yang pasti, ia mengingatkan aku tentang satu perkara yang mengubah hati dan pendirian aku terhadap seseorang lelaki, Mohammad Zulhazim Zulkarnain.
2008, tahun pertama aku menjejakkan kaki di sekolah menengah. Tahun baru, sekolah baru dan pemikiran baru. Aku ditempatkan di kelas 1 A4. Disinilah aku mengenali Shazzleen, Maryam, Aishah dan Shafika. 2 bulan bersama mereka. Pertengahan bulan Februari, cikgu ubah kelas. Pengubahan kelas adalah proses yang amat menyiksakan.
1 KRK3, itu kelas baru aku. Bersyukur kerana diletakkan bersama Ikhwan dan Hareiz serta rakan-rakan lama yang lain. Tapi ada sesuatu yang aku benci. Ketua kelas yang dipilih adalah seorang 'mat lembik'.  AKU BENCI DIA. Meluatnya aku kat dia semakin menjadi-jadi. Memang aku tak pernah jumpa lelaki seperti dia.
Shazzleen, kawan baik aku, pernah cakap," Ko akan bersyukur sebab jumpa dia sekarang dan aku tak terkejut kalau ko suka kat dia satu hari nanti". Aku pegang kata-kata Shazzleen dan aku janji yang aku akan benci kat Mohammad Zulhazim Zulkarnain semampu yang boleh.
Bermacam-macam perkara yang aku buat untuk terus-terusan benci dia. Ntah kenapa setiap kali aku berfikir buruk pasal dia, dia datang dan senyum sebagai tanda perkenalan & persahabatan. Mula-mula tu asyik lari je. Tapi selepas beberapa ketika, aku rasa macam jahat sangat.
Afiq, dialah yang tunjukkan aku kebaikan Zulhazim. Bermula dengan beberapa helai kertas PEKA yang perlu dihantar. Dia, Afiq dengan sopan nya meminta izin untuk pinjam. Selepas itu barulah rakannya, Zulhazim berani berkata,"Mia, pinjam kertas PEKA boleh? Hazim punya tak buat lagi". Wah, siapa sangka dia ada suara yang manis sekali. Kata-katanya juga sopan. Tak macam yang lain. Aku juga tak tahu bagaimana dia tahu nama panggilan aku itu.Rasanya aku patut lupakan perasaan benci aku kat dia.
Hmm... Tapi aku tetap kene pegang janji aku kat Shazzleen. Aku masih perlu buktikan bahawa hati NUR AMELIA KAMARUDDIN amat keras sekeras kepala nya untuk dicairkan oleh 'mat lembik', MOHAMMAD ZULHAZIM ZULKARNAIN.
DILEMA.....
BERSAMBUNG...

Saturday, June 12, 2010

MLIC & MIA ZAHRA'


MLIC. kenapa blog ini dinamakan MLIC? apa yang berselindung disebalik huruf MLIC? ML sebenar nya disingkatkan daripada perkataan Amelia. IC pula Thivviya ambil dari nama Aieffie ( ketua pelajar 2010 ) sebab Thivviya minat sangat kat dia. aku pun tak ley nak nafikn yg aku suka gabungan 2. c0z unik sangat. susah org lain nak agak. MLIC. nama 2 akn sentiasa lekat kat otak ni. nama ni bnyk sangat sejarah dia. kalau faiz ada ace, amelia ada MLIC. thnx 2 thivviya. i really love it. i hope this name will make my life better.

Mia Zahra'. nama 2 juga melambangkan aku. ia hanya diedit dan diolah oleh aku seorang sahaja. Mia, thts my name. diambil dari nama Amelia. Mia hanya digunakan oleh orang yg terdekat je. like my family. Zahra', 2 ustazah Salmah bagi. maksud ny bunga. bunga yang teramat cantik. Mia Zahra' membawa harapan agar aku, Mia akan membesar bagai sekuntum bunga yang mekar sentiasa tanpa memerlukan banyak bnda @  perkara untuk bergantung. semoga Mia hidup dalam suasana yg penuh dengan keharmonian & keimanan di dada....
Amin.,...

PERSAHABATAN.....

selagi aku terdaya, akan ku berbakti kpd semua org dlm dunia ni. selagi aku mampu, akan ku beri kebahagiaan utk semua sahabat ku. selagi aq masih punya akal, aku tidak akn sia-sia kn hidup org yg aq kenal.
biar aku sengsara,biar aku menderita dan biar aku keseorangan kerana aku tahu kebahagiaan utk ku pada masa akan datang bermula dengan kebahagiaan sahabat2 ku.
'Ain-NikQis-Yesha-Zirah-Thivvi-Ecah-Dyda-Zatul-MarSol-Aina-
Zulhazim-Faiz-Azhari-Haikal-Afiq-Danial-Abg Alif-
dan yg lain2..
sepanjang aku berada berada di sek menengah,ramai org yg aku kenal. dengan pelbagai macam ragam, perangai & personaliti. yg ceria masih menceriakan org. yg berpura masih  berselindung di sebalik kepura-puraan. dan tidak lupa, yg setia masih setia menemani sahabat ny tidak kira senang atau susah. itulah erti sebenar seorang sahabat. namun berapa ramai yang tahu erti persahabatan? persahabatan bermula dari satu sesi perkenalan & terus mekar dalam hati. sekecil-kecil perkenalan boleh berakhir dengan happy ending @ perkahwinan. sekecil-kecil peerkenalan boleh berakhir dengan pergaduhan. namun apa yg kita harap kn adlh, sekecil-kecil perkenalan berakhir dengan ikatan persahabatan yang terus berkembang mekar.....