Setiap orang mempunyai sejarah hidup masing-masing.
Ada yang membanggakan , ada yang menyedihkan.
Sejarah menceritakan segalanya tentang sesuatu kehidupan.
Jika di dalam buku Sejarah bercerita tentang tokoh-tokoh negara di zaman lampau,
Jika di dalam majalah menceritakan kehidupan negarawan dari kecil,
kita?,
Sejarah hidup kita diceritakan dalam sebuah buku khas yang berkemungkinan besar kita penulisnya.
Sejarah hidup kita juga boleh diterjemahkan dalam bentuk visual
Namun tidak semuanya tepat.
Dalam bentuk penulisan pula, ia mungkin akan di tokok tambah.
Sebenarnya..
Sejarah mengajar kita erti kehidupan
Sejarah menunjukan kita perkara yang sebenar
Sejarah juga mencerminkan keperibadian seseorang.
Manusia adalah satu golongan yang mempunyai daya ingatan.
Pastinya semua orang ingin mengingati sejarah hidup masing-masing.
Namun ada antara cebisan sejarah itu yang ingin atau perlu dilupuskan.
Proses pelupusan sesuatu cebisan sejarah bukannya mudah.
Terutamanya apabila cebisan itu ada kaitannya di masa mendatang.
Proses itu perlu acapkali diulang.
Bagi sesetengah orang yang terbiasa dengan proses itu,ia adalah satu proses yang mnyenangkan.
Kerana kita akan cuba melepaskan beban di dalam diri yang terpendam.
Hmm....
Otak dan pemikiran manusia bukannya seperti komputer.
Susah nak install senang nak delete.
Pemikiran manusia lebih kepada senang nak install susah nak delete.
Walau apapun kaedah yang digunakan,
ia hanya seketika cuma.
"KUN FAYAKUN"..
Sekiranya Allah S.W.T. mengatakan
Jadi, maka jadilah.
Allah telah menetapkan qada' dan qadar setiap hambanya.
Sampai masanya dia pergi, maka pergilah.
Sampai masanya dia berjaya, maka jayalah.
dan
Sampai masa dia melupakannya, maka lupalah.
Itu yang tak mampu kita ubah, kita lupakan dan kita lupuskan.
Setiap perkara yang telah, sedang dan akan berlaku
telah ditentukan oleh-Nya, Allah S.W.T.
:)
Segala puji bagi Allah S.W.T. pemilik alam ini...
No comments:
Post a Comment