air mata seorang wanita amat berharga.
Walaupun ianya sering mengalir.
Air mata yang mengalir di muka secomel anak kecil
Senang dihentikan oleh ibunya.
Kerana si ibu lebih memahami jantung hatinya itu.
Air mata seorang gadis yang lahir daripada hati yang terluka
susah untuk di seka.
Apatah lagi bila hatinya itu sukar diubati
Air mata yang mengalir di wajah kesenjaan orang tua.
Tidak akan berhenti setakat itu.
Mungkin kerana teringatkan zaman lampaunya semasa muda.
Ahh....
Air mata..
Setiap orang pasti akan mengalirkannya.
Tidak kira lelaki ataupun perempuan.
Bisu ataupun tuli.
Tua ataupun muda.
Yang berbeza hanyalah masa dan sebab dia mengalirkan air mata...
No comments:
Post a Comment