Pages

Friday, June 18, 2010

Sejarah Mengubah Pendirian...



Hati ini. Rasanya bagai ditimpa satu perasaan yang teramat berat. Mungkin gelisah ataupun takut. Yang pasti, ia mengingatkan aku tentang satu perkara yang mengubah hati dan pendirian aku terhadap seseorang lelaki, Mohammad Zulhazim Zulkarnain.
2008, tahun pertama aku menjejakkan kaki di sekolah menengah. Tahun baru, sekolah baru dan pemikiran baru. Aku ditempatkan di kelas 1 A4. Disinilah aku mengenali Shazzleen, Maryam, Aishah dan Shafika. 2 bulan bersama mereka. Pertengahan bulan Februari, cikgu ubah kelas. Pengubahan kelas adalah proses yang amat menyiksakan.
1 KRK3, itu kelas baru aku. Bersyukur kerana diletakkan bersama Ikhwan dan Hareiz serta rakan-rakan lama yang lain. Tapi ada sesuatu yang aku benci. Ketua kelas yang dipilih adalah seorang 'mat lembik'.  AKU BENCI DIA. Meluatnya aku kat dia semakin menjadi-jadi. Memang aku tak pernah jumpa lelaki seperti dia.
Shazzleen, kawan baik aku, pernah cakap," Ko akan bersyukur sebab jumpa dia sekarang dan aku tak terkejut kalau ko suka kat dia satu hari nanti". Aku pegang kata-kata Shazzleen dan aku janji yang aku akan benci kat Mohammad Zulhazim Zulkarnain semampu yang boleh.
Bermacam-macam perkara yang aku buat untuk terus-terusan benci dia. Ntah kenapa setiap kali aku berfikir buruk pasal dia, dia datang dan senyum sebagai tanda perkenalan & persahabatan. Mula-mula tu asyik lari je. Tapi selepas beberapa ketika, aku rasa macam jahat sangat.
Afiq, dialah yang tunjukkan aku kebaikan Zulhazim. Bermula dengan beberapa helai kertas PEKA yang perlu dihantar. Dia, Afiq dengan sopan nya meminta izin untuk pinjam. Selepas itu barulah rakannya, Zulhazim berani berkata,"Mia, pinjam kertas PEKA boleh? Hazim punya tak buat lagi". Wah, siapa sangka dia ada suara yang manis sekali. Kata-katanya juga sopan. Tak macam yang lain. Aku juga tak tahu bagaimana dia tahu nama panggilan aku itu.Rasanya aku patut lupakan perasaan benci aku kat dia.
Hmm... Tapi aku tetap kene pegang janji aku kat Shazzleen. Aku masih perlu buktikan bahawa hati NUR AMELIA KAMARUDDIN amat keras sekeras kepala nya untuk dicairkan oleh 'mat lembik', MOHAMMAD ZULHAZIM ZULKARNAIN.
DILEMA.....
BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment