Saat ini aku ingin bercerita
Tentang kehidupan aku yang serba serbi unik
Tidak pernah aku dengar rakan-rakan bercerita
Tentang kisah hidup mereka sendiri
Erk... kali ini aku mahu bercerita mengenai seorang gadis
Yang asalnya dari satu kawasan yang agak mewah
Walaupun kehidupannya tidak mewah
Namun orang disekelilingnya amat mewah
Seperti neneknya, mak ciknya, sepupunya
Dia punya 1 cita-cita
Katanya hendak menjadi seorang yang berguna
Seperti Harimau, segalanya berguna tentang harimau
Dari kepala hingga ke kaki
Dari sikap hingga ke rupa
Kadangkala dia alpa tentang perasaan rakan-rakan dan keluarganya
Tika dia melangkah kakinya ke sekolah menengah
Dia berjanji akan mengorbankan cita-citanya
Demi menggapai hati sahabatnya
Bagi menjaga hati sahabatnya
Sebelum ini dia merupakan seorang yang amat pintar
1 soalan matematik tingkatan 3 dapat dibuat tika umurnya darjah 4
Betapa pintarnya dia
Tapi, tiba-tiba dia meninggalkan cita-cita dan tumpuan dalam pembelajarannya
Hanya kerana 1 keputusan UPSR yang sangat memeranjatkan diri dan keluarganya
Patahnya hati dia saatt itu, hanya Allah sahaja yang tahu
Kesedihannya, kesengsaraan dia
Semua itu di simpan dengan cermat di dalam hati
Friday, October 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment