Namun aku?
Hatiku terasa sakit sekali
Dia yang tidak ingin aku jumpa
Dia yang sering membuatku tak keruan
Dia yang sering menyakitkan hatiku
Kenapa perlu dia orang yang aku jumpa?
Kenapa dia pandangan ku tertumpu?
Mataku tak boleh jauh darinya
Gayanya, jelingannya, senyumannya
Ahh....
Aku perlukan dia ke?
Dulu, ya. Memang aku perlukan dia
Untuk melengkapkan hidupku
Dia sering membantuku
Setiap hari ada sahaja katanya yang disemat di dalam hati
Dulu, dia sering menegurku
Dulu, dia tidak pernah alpa untuk senyum pada ku
Dulu, dia sering curi-curi pandangku
Tapi sekarang?
Akibat pertelingkahan yang tidak ku jangka
Akibat perbezaan pendapat yang tidak aku harapkan
Akibat perilaku ku yang aneh, katanya
Dia menjauhiku
Aku cuba menyelamatkan persahabatanku
Aku cuba memperbaiki kesalahan diriku
Aku cuba untuk membuatnya tersenyum kembali
Tetapi dia?
Setiap hari, setiap minit, setiap saat
Sentiasa cuba menyakitkan hatiku
hatiku terasa pedih sekali...
Sampai hati dia
Lakukan sebegitu kepada rakan nya
Senyuman nya yang ingin aku lihat
Hanya untuk orang lain
Teringin sekali bersamanya
Bergelak ketawa tanpa ada halangan..
Dia,
satu satunya sahabatku yang aku rindui
dan aku sayangi
kerana sikap santun nya padaku...
Sahabatku
Kembalilah kepadaku
Aku amat merindui gelak tawamu
Marilah ke sini
Bersamaku
Sebelum ku menutup mata.....
No comments:
Post a Comment